Saturday, March 24, 2007

Pembentangan

*Pastikan rakan-rakan anda mendapat mesej yang ingin anda sampaikan.

Pembentangan Kumpulan & Individu


  • Tema pembentangan mestilah berkaitan dengan tajuk laman web kumpulan & individu

  • Bentuk pembentangan adalah bebas. Pelajar boleh membuat pembentangan formal (ceramah & diskusi), bentuk kreatif atau gabungan kedua-duanya (formal & kreatif).

  • Bagi pembentangan formal, pastikan anda mempunyai plan B (alternatif) sekiranya komputer bermasalah.

  • Masa: 5-10 minit.

  • Sesi soal-jawab, perbincangan & rumusan: 30 minit.

  • Markah: 5 markah (50% daripada segmen markah sahsiah & ketrampilan diri)


Wednesday, February 28, 2007

Teks Rujukan


Pelajar yang telah membuat tempahan buku Life Span Development Edisi Ke-11 (Santrock) boleh mendapatkannya bermula esok.


Harga Seunit = RM 70.00

Friday, February 23, 2007

Garis Panduan Laman



Bahasa
  • Bahasa Melayu/ Malaysia Tinggi

Etika

  • Ikhlas dalam penyebaran maklumat
  • Bukan ciplak (sila nyatakan sumber rujukan)
  • Memastikan kredibiliti sumber

Asas Penilaian

  • Kandungan - 50%
  • Profesionalisme (ejaan, bahasa, rujukan, susunan dll.) - 20%
  • Interaktif - 10%
  • Kreativiti - 10%
  • Populariti - 10%

Tarikh Penilaian

  • 1 Febuari 2007 - Pengenalan
  • 15 Febuari 2007 - Pengisian
  • 3 Mac 2007 - 21 Soalan objektif (betul salah @ aneka pilihan) & 3 soalan subjektif
  • 15 Mac 2007 - Isu-isu berkaitan
  • 3 April 2007 - Populariti

Saturday, February 10, 2007

Modul & Konsultasi



Modul

Edisi terhad "Modul Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia: Asas Biologi, Prenatal, Bayi & Kanak-kanak "untuk kursus SKPM 1023 dan SKPX 2083 akan mula diedarkan Jumaat ini.

Masa Konsultasi Pelajar

Rabu & Khamis: 6.00 - 7.00 petang.

Tuesday, January 30, 2007

Pengenalan


Pertumbuhan dan Perkembangan Sepanjang Hayat

Pertumbuhan dan perkembangan manusia merupakan paten perubahan fizikal, kognitif dan sosio-emosi sepanjang pusingan hayat manusia. Manusia secara fitrahnya berkembang seperti bulan sabit: bersifat lemah pada usia awalnya, semakin membesar dan kuat pada usia pertengahan dan menjadi lemah kembali pada usia emas. Justeru, pertumbuhan dan perkembangan manusia meliputi dari saat terbentuknya janin manusia sehingga menjadi seorang bayi dan seterusnya berkembang menjadi seorang kanak-kanak, remaja, dewasa dan berakhir dengan detik kematian.

Falsafah Fitrah Kejadian Manusia

Ahli falsafah menanggap fitrah kejadian manusia berasaskan konsep tiga konsep iaitu semulajadi berdosa, tabula rasa dan ‘innate goodness’.

Pada kurun pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan. Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersihkan mereka daripada dosa-dosa tersebut.

Pada kurun ke-17, John Locke memperkenalkan konsep tabula rasa. Kanak-kanak diibaratkan seperti ‘blank blanket’. Keperibadiannya terbentuk daripada pengalaman.




Pada kurun berikutnya, Jean-Jacques Rousseau memperkenalkan konsep innate goodness view. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan sedia baik. Oleh itu, beliau mencadangkan agar kanak-kanak dibiarkan membesarkan secara semula-jadi dengan pengawasan yang minimum.


Falsafah Kejadian Manusia Daripada Perspektif Al-Quran & Sunnah


Berikut merupakan antara falsafah fitrah kejadian manusia yang diwariskan melalui Quran dan sunnah:

  • Manusia adalah sebaik-baik kejadian
  • Manusia adalah khalifah Allah (mengurus dan mentadbir alam) menuju kesejahteraan
  • Manusia pertama (Adam) dicipta dari tanah, manakala Hawa (isteri Adam) dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
  • Anak lahir ibarat kain putih. Ibubapa yang menjadikannya seorang majusi, nasrani dsb.
  • Setiap manusia mempunyai dua musuh utama sejak lahir iaitu hawa nafsu dan syaitan
  • Para Rasul diutus untuk memimpin manusia pada jalan kebenaran
  • Manusia yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa & berakhlak mulia
  • Setiap manusia mempunyai nasib tersendiri (Qada’ dan Qadar)
  • Tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah
  • Manusia bersifat gelisah dan tergesa-gesa, kecuali orang-orang yang sabar dan tetap dalam mendirikan solat dengan sempurna
  • Manusia dihidupkan dan dimatikan untuk diuji siapakah yang terbaik amalannya ketika di dunia
  • Pusingan hidup manusia ibarat bulan sabit
  • Setiap manusia akan diberi pembalasan di hari akhirat
  • Kehidupan di dunia bersifat sementara. Kehidupan abadi (tanpa kematian) adalah di akhirat.

Proses dan Jangka Masa Perkembangan

Pertumbuhan dan perkembangan manusia mempunyai persamaan dan perbezaan di antara satu sama lain. Perkembangan manusia juga bersifat kompleks kerana ianya terhasil daripada proses biologi, kognitif dan sosio-emosi manusia. Setiap manusia melalui proses kelahiran, tumbesaran dan kematian. Namun dalam proses tersebut, setiap individu melalui pengalaman yang berbeza dan akhirnya menjadikan setiap individu adalah unik.

Proses Biologi, Kognitif dan Psiko-Emosi

Proses biologi merupakan proses perubahan fizikal manusia secara semula-jadi. Gen daripada keluarga, pertumbuhan otak, pertambahan tinggi dan berat badan, perubahan kemahiran motor, perubahan hormon dan penurunan kardiovaskular mencerminkan peranan proses biologi dalam pertumbuhan manusia.

Proses kognitif merupakan perubahan pemikiran, kepintaran dan bahasa manusia. Proses sosio-emosi pula berkait dengan perubahan dalam hubungan manusia dengan orang lain, perubahan emosi serta personalitinya.

Kesemua proses ini saling berhubungan, berintegrasi dan mempengaruhi antara satu sama lain. Sehubungan itu, pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah intergrasi antara proses biologi, kognitif dan sosio-emosi manusia.


Tempoh Perkembangan

Tempoh perkembangan merujuk kepada jangka masa dalam kehidupan seseorang yang ditandakan dengan beberapa kriteria. Tempoh perkembangan manusia dibahagikan tahap mengikut turutan iaitu:

  1. Prenatal: Prenatal adalah tempoh masa dari dalam kandungan sehingga kelahiran. Melibatkan pertumbuhan pesat dari satu unit sel kepada satu ornisma kompleks.

  2. Bayi: 18 bulan hingga 24 bulan. Tempoh kebergantungan yang tinggi kepada orang dewasa dan tempoh permulaan aktiviti psikologi.

  3. Kanak-kanak awal: 25 bulan hingga 6 tahun. Juga dikenali sebagai peringkat pra-sekolah. Belajar menjadi self-sufficient, bersedia untuk belajar dan suka bermain dengan rakan sebaya.


  4. Kanak-kanak pertengahan dan akhir: 6 hingga 11 tahun. Mula bersekolah. Dikenali sebagai tempoh the elementary school year. Mula menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis.


  5. Remaja: Tempoh transisi daripada kanak-kanak kepada orang dewasa awal. Bermula antara 10-12 tahun sehingga 18-22 tahun. Mengalami pertumbuhan biologi yang pesat. Mula berdikari, membentuk identiti, berfikiran logik, abstrak dan idealistik.


  6. Dewasa awal: Awal 20-an hingga 30-an. Masa pengukuhan pribadi, ekonomi dan memulakan hidup berkeluarga.


  7. Dewasa pertengahan: 40 an-60-an. Menjadi matang dan memperolehi kepuasan kerjaya.


  8. Dewasa akhir: 60-an atau 70-an hingga meninggal dunia. Terbahagi kepada dua iaitu tua awal (65-74 tahun) dan tua akhir (75 tahun dan ke atas).


Isu Perkembangan


  1. Nature and nurture: Perkembangan dipengaruhi oleh faktor semulajadi (sifat biologi manusia) atau pengasuhan.


  2. Continuity and discontinuity: Perkembangan melibatkan perubahan kumulatif (continuity) atau distinct states (discontinuity)


  3. Kestabilan dan perubahan: Pembangunan manusia melibatkan kestabilan atau perubahan.

Rujukan

Al-Quran

Santrock, J. W. 2004. Life span development. New York: Mc Graw Hill. (ms 1-64).



Falsafah Fitrah Kejadian Manusia



Falsafah Fitrah Kejadian Manusia

SKPM 1023


SKPX 2083

Prenatal & Kelahiran

Asas Biologi, Prenatal dan Kelahiran

SKPX 2083

Prenatal

SKPM 1023

Kelahiran


SKPX 2083

Bayi


Perkembangan Fizikal, Kognitif dan Psiko-emosi Bayi
SKPM 1023

SKPX 2083




Isu-Isu dan Kajian Kes Tentang Bayi

1. Mulut bayi ditampal dengan pita pelekat

Kanak-Kanak




Pertumbuhan & Perkembangan Fizikal, Kognitif dan Psiko-Emosi Kanak-Kanak



SKPM 1023

Kanak-Kanak Awal



Kanak-Kanak Pertengahan dan Akhir



SKPX 2083


Kanak-Kanak Awal



Kanak-Kanak Pertengahan dan Akhir




Pautan

Pembelajaran
Masalah Pembelajaran
Disleksia

Remaja


Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal, Kognitif & Psiko-Emosi Remaja


SKPM 1023

SKPX 2083


Pautan
1. Statistik Dadah
2. Jenis-jenis Dadah

Dewasa Awal



Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal, Kognitif dan Psiko-Emosi Dewasa Awal


SKPM 1023


SKPX 2083

Dewasa Pertengahan





Kajian Kes dan Kejayaan Individu Dewasa Pertengahan

1. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hasan
2. Pereka Kasut, Datuk Jimmy Choo

Dewasa Akhir

Perkembangan Fizikal, Kognitif & Psiko-Emosi Dewasa Akhir

SKPM 1023

SKPX 2083




Kajian Kes Individu Dewasa Akhir
1. Mantan Pesuruhjaya Polis sarawak, Datuk Seri Yuen Yuet Leng

2. Penyakit Sendi di Bahu

Teori Freud


Teori Psikologi Perkembangan Freud

SKPX 2083

Sunday, January 7, 2007

Silibus Kursus






PENGENALAN


Minggu 1


  • Pengenalan

  • Falsafah kejadian manusia


ASAS PERMULAAN KEHIDUPAN



Minggu 2



  • Asas Biologi

  • Perkembangan Prenatal

  • Kelahiran

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF & SOSIO-EMOSI


Minggu 3



  • Bayi

Minggu 4



  • Kanak-kanak Awal

Minggu 5



  • Kanak-kanak Pertengahan dan Akhir

Minggu 6



  • Remaja

Minggu 7



  • Dewasa Awal

Minggu 8



  • Dewasa Pertengahan

Minggu 9



  • Dewasa Akhir

FANA MENUJU BAQA


Minggu 10



  • Kematian

WACANA & DISKUSI


Minggu 11



  • Isu-isu Perkembangan & Pertumbuhan Manusia

Minggu 12-14



  • Pembentangan Projek Kumpulan