Monday, May 12, 2008

Gred Pemarkahan

CEMERLANG


A = 80 - 100 , nilai gred: 4.0



A- = 75 - 79, nilai gred: 3.67

KEPUJIAN




B + = 70 - 74, nilai gred: 3.33



B = 65 - 69, nilai gred: 3.00



B - = 60 - 64, nilai gred: 2.67
LULUS



C + = 55 - 59, nilai gred: 2.33



C = 50 - 54, nilai gred: 2.00



C - = 45 - 49, nilai gred: 1.67
LULUS



D += 40-44, nilai gred: 1.33
D = 35-39, nilai gred: 1.00


GAGAL

E = 0 - 34, nilai gred: 0.00


Wednesday, May 7, 2008

Krisis Pertengahan Usia: Realiti @ Mitos


Markah keseluruhan bagi Tugasan ke-3, Krisis Pertengahan Usia: Realiti atau Mitos adalah 8 markah.
Skima Pemarkahan
  • 1-pendahuluan
  • 4 - isi kandungan
  • 2 - kesimpulan
  • 2- rujukan).
Makluman: Hanya tugasan pelajar di bawah telah diterima melalui e-mel.

Nurul Akmal Abd Hadi
Goh Chye Yin
Nor Jihan Abd karim
Siti Salwa Ali
Amyllia Mohd Rozdhi
Nor Faridah Ab Aziz
Nur Shahfinaz Rahim
Suraya Nor Rahman
Yeow Wei Iyin
Wan Affandi Wan Hamid
Amalina Sab'an
Kavitha a/p Thinakaran Vijayan
Lai Siow Mei
Lim Guan Han
Lim Hui Yee
Nurul Shahida Asmuni
Siti Nadirah Tamrin
Siti Nasuha Ibrahim @ Yusof
Mohd Alli Naser
Mohd Firdaus Ramli
Nadzirah Rosli
Nazirah Hassan
Nurul Hafizah Mohd Hashim
Nurul Shahida Sagir
Al-Syed Amir Mohd Shafiq Mohamed Sulaiman


Perkembangan Remaja




Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja

Berteraskan Falsafah Pendidikan Islam


Oleh:


  • NIK AWANG B. YAACOB ( A120917 )

  • NORZIANAH BT. NAYAN ( A120918 )

  • AHMAD HILMI B. SAID ( A 120922 )

1.0 Pengenalan

Pertumbuhan dan perkembangan remaja sering mendapat tempat dan menjadi fokus yang sangat dititikberatkan di bidang kajian psikologi perkembangan manusia. Tarikan ini didorong oleh keunikan konflik yang wujud di dalam diri remaja semasa melalui proses transformasi antara alam kanak-kanak menuju alam kedewasaan. Kewujudan konflik ini menyebabkan remaja sering dilihat oleh masyarakat sebagai golongan minoriti yang gemar mencetuskan perilaku salah dan memiliki keadaan minda yang tidak seimbang. G. Stanley Hall (1904) mengenengahkan istilah ’storm and stress’ bagi menggambarkan remaja sebagai ’zaman ribut dan tekanan dalam tempoh kehidupan manusia dengan memiliki sifat tertentu, mengalami perubahan dan penuh dengan keganjilan’.

Proses melepaskan zaman kanak-kanak bagi membina asas kematangan alam dewasanya, menjadikan remaja sering mengalami konflik sosial di antara pembentukan identiti diri dengan kekeliruan peranannya dalam kehidupan. Arnett (2003) melihat remaja sebagai ’tempoh melalui konflik dengan ibubapa, perubahan mood yang cepat dan perilaku yang berisiko’. Tempoh ini menyaksikan pelbagai persoalan kehidupan bermain di dalam fikiran seseorang remaja. Persoalan ’siapakah saya?’, ’apakah tujuan hidup ini?’, ’kemanakah berakhirnya kehidupan?’ merupakan persoalan-persoalan biasa yang memerlukan jawaban secara pembuktian. Kegagalan menyediakan jawaban terhadap persoalan-persoalan yang timbul, menyaksikan remaja mudah terdedah dan terjebak dengan tingkah laku ’delikuensi’ atau kenakalan. Rice (1990) menegaskan bahawa ’delikuensi merupakan perilaku bertentangan dengan undang-undang jenayah yang dilakukan oleh juvenile’.



Justeru, bersesuaian dengan sifatnya sebagai tempoh menuju kedewasaan, remaja memerlukan persekitaran dan sistem nilai yang baik dalam membentuk identiti diri. Keperluan ini harus wujud di dalam institusi kekeluargaan, kemasyarakatan dan pendidikan di mana remaja sedang melalui tempoh getir dalam kehidupannya. Biarpun begitu, persoalan menyediakan remaja dengan persekitaran dan sistem nilai yang baik bukanlah sesuatu yang mudah dan terbentuk secara semulajadi. Penyediaan ini perlu melalui proses pendidikan bermatlamat sebagaimana ditegaskan oleh Wheeler (1973) iaitu ’perubahan tingkah laku ke arah yang baik di samping menyediakan individu untuk menjadi anggota masyarakat yang baik, mempunyai perasaan dan mengamalkan nilai-nilai yang baik, sesuai dengan budaya hidup masyarakatnya’.

Bagi merungkai persoalan ini, Islam sebagai agama yang sempurna telah menyediakan panduan yang cukup jelas dan teratur melalui falsafah pendidikannya dalam membentuk keperibadian muslim termasuklah dalam menangani konflik remajanya. Justeru, sebelum memperincikan isu-isu yang mewarnai pertumbuhan dan perkembangan remaja berteraskan ’Falsafah Pendidikan Islam’, takrifan yang jelas haruslah diberikan tehadap ’konsep remaja’ dan ’Falsafah Pendidikan Islam’ yang menjadi tunjang kepada arah tuju diskusi ini.

2.0 Takrifan

2.1 Konsep Remaja



Muss (1966) menakrifkan remaja dalam tiga peringkat dengan melihat dari i)Sudut kronologi; di usia 12 hingga 13 tahun kepada awal 20an secara umumnya, ii)Sudut psikologi; individu berada di pinggir keadaan dalam mencari keselarasan baru untuk menukar sifat dan kelakuan yang keanak-anakan kepada sifat dan kelakuan orang dewasa dalam masyarakat dan iii)Sudut sosiologi; zaman peralihan daripada anak-anak yang bergantung kepada orang lain menuju dewasa yang berdikari.

Sementara Brooks-Gun & Warren (1985) pula menegaskan remaja sebagai ’satu jangkamasa di mana peringkat kematangan telah tercapai, jangkamasa perubahan di antara zaman kanak-kanak dan dewasa serta jangkamasa di mana individu yang tidak matang dari segi emosi menjangkau zaman kemuncak perkembangan fizikal dan mental’.

Bagi Medinnus & Johnson (1976), remaja dilihat ’bermula dengan berlakunya perubahan-perubahan fizikal dan berakhir apabila individu itu berperanan sebagai orang dewasa’.

Berbeza dengan Super (1957) yang melihat zaman remaja sebagai ’jangkamasa penerokaan masyarakat di mana mereka tinggal, budaya yang patut mereka masuki, peranan yang mungkin dimainkan dan peluang-peluang untuk memainkan peranan di mana yang sesuai dengan personaliti, minat dan bakat mereka’.

Jersild (1968) pula meletakkan remaja sebagai ’jangkamasa untuk perkembangan keintelektualan dan penglibatan di dalam pengalaman akademik, berkemampuan untuk memberi dan meluahkan pendapat, menilai ketepatan waktu, memberi idea tanpa melibatkan penyertaan individu lain dan dapat berkomunikasi dengan orang lain’.

Apa juga takrifan yang cuba diberikan terhadap konsep remaja oleh sarjana-sarjana psikologi, secara umumnya remaja bolehlah dirumuskan sebagai ’tempoh yang wujud antara zaman kanak-kanak dengan alam kedewasaannya serta menjalani proses perubahan dari segi fizikal, emosi dan sosial.

2.2 Falsafah Pendidikan Islam


Al-Syaibany (1991) menegaskan bahawa perkataan ’falsafah’ itu berasal dari bahasa Yunani kuno dan dalam pengertian yang bebas ia bermaksud ’cintakan hikmah’. Kenyataan ini disokong dengan pandangan Maimun Aqsa Lubis (1994) yang menjelaskan bahawa perkataan ’falsafah’ bukan berasal daripada Bahasa Arab, tetapi ianya merupakan Mu’rab, yakni bahasa asing yang diguna pakai dari dua akar kata iaitu ’philein’ beerti cinta dan ’sophia’ beerti kebijaksanaan(hikmah atau wisdom). Selanjutnya Maimun Aqsa Lubis (1994) menakrifkan falsafah sebagai ’hasrat atau keinginan yang sungguh-sungguh untuk mendapatkan kebenaran yang sejati serta menghayati kebenaran tersebut’.

Yaljin (1991) pula berpendapat bahawa falsafah ialah ’usaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah manusia dan kemanusiaan dalam masyarakat’. Bagi Yaljin (1991), ahli-ahli failasuf Islam dari setiap zaman tidak akan lari daripada persoalan-persoalan siapa anda?, dari mana anda datang?, kenapa anda berada di sini?, ke mana anda akan pergi?, apakah tujuan hidup? dan apakah hakikat mati? sebagai asas perbincangan. Justeru, secara umumnya falsafah itu dirumuskan sebagai ’satu usaha untuk mencari kebenaran(seeking the truth) demi untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau menuju sesuatu matlamat’.

Pendidikan Islam pula mempunyai makna dan signifikannya yang tersendiri berasaskan kepada ajaran Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan. An-Najjar (1989) menegaskan bahawa ’ajaran Islam itu bersifat universal yang bersumberkan kepada Al-Quran dan Sunnah’. Hasan Langgulung (1981) pula menggariskan ’selain bersumberkan Al-Quran dan Sunnah, ajaran Islam juga mengambilkira kata-kata sahabat Rasullullah, pemikir-pemikir Islam, nilai kebiasaan masyarakat(Al-’Urf) dan kemaslahatan sosial’.

Abdul Halim El-Muhammady (1993) pula melihat pendidikan Islam sebagai ’proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, Al-Quran dan Sunnah, pengalaman Salaf Al-Salih serta ilmuan muktabar untuk melahirkan insan soleh yang mampu memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagian hidupnya di dunia dan akhirat’.

Huraian yang lebih mendalam dapat dinukilkan melalui takrifan yang diberikan oleh Burlian Somad (1989) yang menggariskan pendidikan Islam sebagai ’aktiviti atau kegiatan yang bertujuan membentuk individu menjadi seorang yang mempunyai personaliti yang baik dan bernilai tinggi menurut kacamata Islam, membentuk rasa anak didik menjadi halus dan tajam sehingga mampu mencintai Allah yang ghaib serta merasa sangat takut mendapat azab Allah, merasa bertanggungjawab untuk mengangkat darjah hidup kaum melarat dan anak-anak yatim, serta perasaan bertanggungjawab untuk membela agama Allah dengan rela mengorbankan apa saja yang di miliki untuk keperluan perjuangan kerana Allah’.

Pendidikan Islam dilihat menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah autority dan pengendalian Al-Quran dan Sunnah yang merupakan teras dalam sistem pendidikan dan kebudayaan Islam seluruhnya (Mohd. Kamal Hassan, 1981). Justeru, secara umumnya pendidikan Islam bolehlah dirumuskan sebagai usaha atau proses mengajar, mengasuh, mendidik dan mengembangkan potensi individu dari segi aqli, rohani, jasmani dan emosi supaya menjadi insan seimbang yang mampu membangunkan diri, keluarga dan masyarakat berteraskan ajaran Islam dengan matlamat mengecapi kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

3.0 Pertumbuhan Dan Perkembangan Remaja Berteraskan ’Falsafah Pendidikan Islam’

Menjalani kehidupan remaja merupakan tempoh di mana seseorang individu yang masih muda mempelajari tentang siapa dirinya dan melalui proses pembentukan identiti. Menurut Erikson (1968), ’dalam proses pembentukan identiti diri dan mengetahui kedudukan atau statusnya, kaum remaja mungkin berdepan dengan konflik kerana terpaksa membuat penyesuaian di antara identiti lama iaitu nilai-nilai, sifat-sifat dan tingkahlaku-tingkahlaku lama yang dipegangnya dengan identiti baru iaitu cara-cara perlakuan baru seperti mana yang dikehendaki oleh orang dewasa dan masyarakatnya’.

Bagi merungkai permasalahan ini, Islam mendampingi remajanya melalui pendekatan secara hikmah, yakni bijaksana dan berhati-hati bersesuaian dengan firman Allah(Surah an-Nahl: 125), terjemahannya ;
’Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta berdebatlah dengan mereka dengan sebaik-baiknya’

Menurut Muhammad Nasir (1978), hikmah di sini bermaksud mengenal golongan atau sasaran dakwah dan cara mendekati mereka haruslah bersesuaian dengan tingkat kecerdasan pemikiran atau akalnya. Kenyataan ini diperkukuhkan dengan hadith nabi yang diucapkan oleh Umar al-Khattab bermaksud;
’Bercakaplah dengan sesuatu kumpulan orang itu mengikut kadar kemampuan akalnya’

Berasaskan pendekatan secara hikmah inilah ’Falsafah Pendidikan Islam’ tampil menggariskan pelbagai kaedah dalam membentuk keperibadian remajanya. Bagi tujuan diskusi ini hanya dua kaedah yang dilihat memberi impak yang besar terhadap pembentukan remaja muslim akan diperkatakan iaitu melalui ’Kaedah Pengikatan’ dan ’Kaedah Pengancaman’.

3.1 Kaedah Pengikatan



Kaedah pengikatan bukanlah suatu kaedah pendidikan Islam secara khusus ditujukan kepada golongan remaja, sebaliknya merupakan kesinambungan konsep pendidikan sejak manusia dilahirkan, menjalani zaman kanak-kanak, melangkah ke alam remaja, dewasa, seterusnya sehingga manusia kembali kepada rahmat Allah S.W.T. Seperti dinyatakan terdahulu, Islam melihat tingkat kecerdasan pemikiran dan akal sebagai asas pendekatan pendidikannya. Justeru, kaedah pengikatan di dalam konteks pendidikan remaja Islam tentunya berbeza dengan kaedah pengikatan semasa di zaman kanak-kanaknya. Bersesuaian dengan sifat alam remajanya, kemampuan menjana pemikiran dan kebolehan membezakan sesuatu menjadikan pendekatan pendidikan yang digunakan turut berbeza. Di peringkat ini, pendekatannya dilihat lebih terarah kepada usaha-usaha memperkukuhkan kaedah pengikatan di zaman sebelumnya iaitu pengukuhan Ikatan Kepercayaan(Aqidah), Ikatan Kerohanian, Ikatan Pemikiran, Ikatan Kemasyarakatan dan Ikatan Riyadhah.

3.1.1 Pengukuhan Ikatan Kepercayaan(Aqidah)



Pengukuhan ikatan kepercayaan(aqidah) memberi fokus kepada usaha-usaha memantapkan keyakinan dan kepercayaan remaja berhubung rukun-rukun iman serta hakikat kewujudan hari akhirat yang ghaib. Persoalan hakikat keimanan kepada Allah Azzawajalla, keimanan kepada para Malaikat, keimanan kepada kitab-kitab Allah, keimanan kepada para Rasul Allah, keimanan kepada qhada dan qhadar, keimanan kepada soalan-soalan dua Malaikat(Mungkar dan Nakir), keimanan kepada siksa kubur serta keimanan kepada hal ehwal hari akhirat berhubung kebangkitan, hisab, syurga dan neraka merupakan persoalan-persoalan yang wajar diperhalusi bersesuaian dengan tingkat kecerdasan pemikiran dan akal remaja. Bersumberkan kepada Al-Quran dan Sunnah, Islam mendekati remajanya dengan dalil-dalil yang jelas lagi nyata bagi menjawab persoalan-persoalan keimanan seperti firman Allah(Surah al-Tariq: 5-10), terjemahannya ;



’(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memerhatikan dari apa ia dicipta? Ia dicipta dari air(mani) yang memancut (ke dalam rahim) yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati) pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktikad, niat dan lain-lainnya). Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberi pertolongan).’

Pengukuhan ikatan kepercayaan(aqidah) di dalam diri remaja juga dilihat sebagai pengisian dan jalan keluar kepada konflik identiti yang wujud di dalam diri mereka. Melaluinya, remaja bakal bertemu jawaban dan pembuktian kepada persoalan-persoalan yang meruntun jiwanya. Malah, remaja akan mula mengenali dirinya, dari mana asal kewujudannya, untuk apa dia diwujudkan dan kemana berakhirnya kehidupan ini? Kemampuan menyediakan jawaban bagi persoalan-persoalan berbangkit akan menghubungkan remaja dengan keteguhan aqidah ketuhanan yang Maha Esa dan bakal menyaksikan lahirnya remaja yang mantap kepercayaannya kepada Allah, muraqabah(mengawas diri) kepadaNya, takut kepadaNya, menyerah diri kepadaNya dalam segala perkara yang baik dan buruk serta berpegang teguh kepada dasarNya dalam segala hal yang disuruh dan ditegahNya. Perasaan keimanan yang tajam ini bakal menjadi benteng di dalam diri remaja daripada kepincangan sosial dan keruntuhan moral, malah akan terpancar keperibadian yang luhur, berdiri di atas petunjuk yang benar serta menuju ke arah shiraathilmustaqiim (jalan yang lurus).

3.1.2 Pengukuhan Ikatan Kerohanian



Islam mendidik remajanya untuk mencipta identiti dan personaliti bermatlamatkan kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Matlamat yang menjadi pengukur kepada makna kebahagian ini meletakkan soal pembentukan akhlak bersesuaian dengan akhlak Al-Quran dan akhlak Rasullullah S.A.W sebagai suatu keutamaan. Berhubung pendekatan ini, Al-Ibrashy (1976) menegaskan bahawa ’pendidikan Islam membentuk umatnya supaya berakhlak mulia, mendidik roh supaya halus dan sempurna, mengasuh mereka melakukan perkara yang baik, terhormat, membiasakan diri mereka dengan adab-adab yang mulia, kebersihan, kesucian dan keikhlasan serta amalan-amalan yang berfaedah’.

Bagi merealisasikannya, pengukuhan ikatan kerohanian di lihat berperanan besar memantapkan jiwa remaja dengan menerapkan nilai-nilai kesucian hati berteraskan semangat keimanan dan keikhlasan kepada Allah S.W.T. Ikatan kerohanian ini boleh di capai melalui lima pendekatan iaitu ikatan dengan peribadatan, ikatan dengan Al-Quran Al-Karim, ikatan dengan masjid, ikatan dengan zikrullah, ikatan dengan amalan ibadat Nawafil(sunnat) dan ikatan dengan Muraqabah(mengawas diri) kepada Allah S.W.T.

Ikatan dengan peribadatan ini dimulai dengan ibadat sembahyang lima waktu sehari semalam yang diwajibkan ke atas umat Islam seawal usia transfomasi daripada alam kanak-kanak ke alam remaja sebagaimana sabda Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Abu Daud daripada Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a yang bermaksud ;
’Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang, apabila mereka mencapai usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak bersembahyang apabila mereka mencapai usia sepuluh tahun, dan pisahkanlah antara mereka di tempat tidur’

Peribadatan sembahyang ini juga dikiaskan dengan ibadat puasa, ibadat haji dan ibadat zakat. Malahan ibadat yang dianjurkan oleh Islam adalah tidak terbatas kepada empat rukun ibadat itu sahaja, tetapi juga merangkumi segala amalan baik yang wajar dilaksanakan oleh seseorang muslim mengikut cara yang dibenarkan oleh Allah S.W.T dan dilakukan adalah keranaNya. Justeru, Islam mendedahkan remajanya dengan prinsip-prinsip kebaikan dan keburukan, halal dan haram serta kebenaran dan kebatilan sebagai asas pembentukan personalitinya. Anjuran ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Munzir yang bermaksud ;


’Kerjakanlah segala rupa ketaatan kepada Allah, dan takutlah membuat maksiat-maksiat kepadaNya, dan suruhlah anak-anak kamu supaya menurut segala perintah Allah, dan meninggalkan laranganNya. Itulah yang dikatakan pemeliharaan diri mereka dan diri kamu daripada api neraka’

Ikatan dengan Al-Quran Al-Karim pula adalah di dasarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W sebagaimana riwayat oleh Al-Thabarani daripada Saidina Ali K.W.J yang bermaksud ;
’Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara; Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca Al-Quran. Sesungguhnya para pembaca Al-Quran itu berada di dalam naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para NabiNya dan orang-orang suciNya’

Bersesuaian dengan sifatnya sebagai pemberi petunjuk, Al-Quran merupakan panduan yang jelas lagi nyata bagi merungkai segala persoalan yang membelenggu jiwa remaja. Ia merupakan kitab yang memandu manusia keluar daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya keimanan, membimbing setiap yang beriman menjadi muslim berkeperibadian tinggi dan baik untuk meneruskan hidup dalam masyarakat manusia. Malah Al-Quran juga merupakan sumber segala ilmu (Rabih, 1982). Remaja yang diikat dengan naungan Al-Quran bakal melahirkan generasi pewaris yang mantap rohaninya, kukuh keimanannya dan sempurna akhlaknya.

Ikatan dengan masjid pula merupakan suatu pendekatan yang dianjurkan oleh Islam dalam menyediakan remajanya yang berketerampilan, baik budi pekerti, berakhlak mulia dan sentiasa di dalam naungan petunjuk Allah S.W.T. Islam melihat masjid berperanan sebagai institusi pembentuk keperibadian, pusat penyebaran ilmu, medium pengerat ikatan kasih sayang dan persaudaraan. Melalui aktiviti-aktiviti yang boleh dimainkan oleh institusi ini, remaja bakal mendapat faedah yang cukup besar dalam membentuk keperibadiannya, menangani konflik identiti dan menyediakan asas kedewasaan berteraskan kemurnian didikan ajaran Islam. Kepentingan masjid dalam kehidupan manusia dapat dilihat melalui sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tirmizi yang bermaksud ;



’Berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam gelap gelita ke masjid, bahawa mereka akan mendapat cahaya yang terang benderang pada hari kiamat’

Begitu juga dengan sabda Rasulullah S.A.W sebagaimana riwayat Muslim yang bermaksud ;



’Tiada suatu kaum berkumpul di salah satu dari rumah-rumah Allah, mereka membaca kitab Allah, mereka bertadarus antara sesama sendiri, melainkan turun ke atas mereka ketenteraman, mereka dikelubungi oleh rahmat, dan dikelilingi oleh para malaikat serta disebutkan mereka oleh Allah kepada siapa yang ada di sisiNya’

Ikatan dengan zikrullah pula dapat dilihat kepentingannya melalui firman Allah(Surah Al-Baqarah: 152), terjemahannya ;



’Ingatilah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu’

Begitu juga dengan sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang bermaksud ;



’Perumpamaan orang yang mengingati Allah, dan orang yang tiada mengingatiNya adalah laksana orang hidup dengan orang yang mati’

Justeru, pengikatan remaja dengan zikrullah merupakan asas dalam membina pengukuhan alam rohani yang mampu menghadirkan kebesaran Allah S.W.T di dalam dirinya. Kesinambungannya, akan terpancar dari dalam diri remaja nilai-nilai murni berteraskan ajaran Islam dan terpelihara daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang ke atas dirinya dengan sentiasa muraqabah(mengawas diri) kepadaNya. Remaja yang sentiasa menghadirkan ingatannya terhadap Allah S.W.T bukan sahaja mengisi alam remajanya dengan kebahagian dan ketenangan, malah bakal melangkah ke alam dewasanya dengan penuh kenyakinan dan berkemampuan memimpin generasinya.

Ikatan dengan amalan ibadat Nawafil(sunat) pula merujuk kepada ibadat-ibadat bukan fardhu yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W kepada umatnya terutama di dalam mengerjakan ibadat sembahyang dan puasa sperti sembahyang Sunat Istikharah, Sunat Hajat, Sunat Tarawih, Puasa Hari Asyura, Puasa Enam di bulan Syawal dan Puasa Hari Isnin serta Khamis. Keutamaan menyempurnakan amalan Rasulullah S.A.W ini digambarkan melalui sabda baginda sebagaimana riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud ;



’Barang siapa yang mendekatkan dirinya kepadaku sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya sehasta, dan barang siapa yang mendekatkan dirinya kepadaku sehasta, nescaya aku akan mendekatinya sedepa, dan jika dia datang kepadaku berjalan, nescaya aku akan datang kepadanya berlari’

Begitu juga dengan firman Allah(Surah Al-Isra: 79), terjemahannya ;



’Dan pada sebahagian malam, hendaklah engkau bangun bertahajjud mengerjakan nafilah(sunnat), moga-moga Tuhanmu akan mengangkatmu ke tingkat yang terpuji’


Rasulullah S.A.W diutuskan oleh Allah S.W.T sebagai pembawa khabar gembira buat umat manusia, terdidik dengan akhlak yang cukup mulia, malah merupakan sebaik-baik contoh dan ikutan. Justeru, dalam membentuk keperibadian remaja, Islam amat menitikberatkan pengikatan remajanya dengan ibadat-ibadat yang menjadi amalan Rasulullah S.A.W., khususnya amalan yang termaktub pensyariatannya di dalam Sunnah Nabawiyah(Hadith). Amalan-amalan ini merupakan setinggi-setinggi amal soleh yang merapatkan seorang hamba dengan Allah S.W.T, meneguhkan ketaqwaan, mencetuskan ketenteraman dan kenyakinan serta membuahkan kemanisan iman di dalam dirinya. Ikatan ini merupakan antara elemen penting yang berperanan membentuk kerohanian dan keimanan remaja serta mencorakkan akhlak serta kebergantungan kepada Allah S.W.T di dalam setiap perkara dan keadaan.

Ikatan dengan Muraqabah(mengawas diri) kepada Allah S.W.T pula merupakan pendekatan Islam dalam mendidik remajanya untuk menyedari hakikat bahawa diri ini sentiasa di dalam pemerhatian Allah S.W.T. Hakikat ini dapat dilihat berdasarkan firman Allah(Surah Ali-Imran: 5), terjemahannya ;



’Sesungguhnya Tuhan itu, tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripadaNya, baik yang di bumi mahupun yang di langit’

Begitu juga dengan sabda Rasulullah S.A.W sebagaimana riwayat Muslim yang bermaksud ;
’Ihsan itu ialah hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Andaikata engkau tiada melihatNya, yakinlah bahawa Dia melihatmu’

Remaja yang sempurna pengikatannya dengan Muraqabah kepada Allah S.W.T akan melahirkan sifat ikhlas di dalam setiap amalan, perbicaraan, perbuatan dan segala tindak tanduknya. Malah segalanya dilakukan hanyalah untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. dan seluruh kehidupannya bakal diwarnai dengan kesucian dan terhindar dari dorongan hawa nafsu.

Secara umumnya, pengukuhan ikatan kerohanian merupakan antara keutamaan yang di beri penekanan di dalam falsafah pendidikan Islam sebagai pelan tindakan dalam menyediakan remajanya yang memiliki keseimbangan dalam mengecapi kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

3.1.3 Pengukuhan Ikatan Pemikiran



Pertumbuhan dan perkembangan remaja tidak hanya diukur berdasarkan kepada peringkat-peringkat kronologi, psikologi dan sosiologinya, malah turut menyaksikan perkembangan daya fikir dalam menerima atau menolak sesuatu persoalan yang dihadapkan kepada mereka. Flavell (1977) menegaskan bahawa ’pemikiran remaja berbeza daripada pemikiran kanak-kanak dalam tiga aspek penting iaitu penekanan kepada realiti lawan kemungkinan, menggunakan penaakulan saintifik dan kemahiran mengkoordinasi idea’. Perkembangan ini menyaksikan remaja mudah menerima apa sahaja yang diputuskan sebagai baik oleh akal fikirannya biarpun penerimaan itu boleh membawa kepada kebinasaan.

Justeru, di peringkat usia remaja, Islam memperkukuhkan ikatan pemikiran yang telah sedia tersemai seawal alam kanak-kanak dengan memperkasakan ikatan pemikirannya terhadap perundangan Islam sebagai panduan beragama dan bernegara, pengajaran Al-Quran sebagai perlembagaan dan undang-undang, ilmu-ilmu syariah sebagai dasar dan hukum-hakam, sejarah sebagai sumber ilham dan ikutan, kebudayaan Islam sebagai asas pembinaan kemajuan dan ketamadunan dan kaedah dakwah Islamiyah sebagai pendorong dan semangat. Bersifatkan sesuai sepanjang zaman, syumul dan sempurna, pendekatan Islam melalui ikatan pemikiran ini bakal mencorakkan remajanya dengan kecintaan kepada Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W dan Islam sebagai agama yang penuh dengan kemuliaan dan membawa kesejahteraan.

Ikatan pemikiran berkemampuan memperkasakan umat Islam termasuk remajanya dengan jati diri seorang muslim dan meniti di atas jalan kebenaran menuju rahmat Allah S.W.T. Keutamaan ikatan pemikiran ini dapat dinukilkan melalui pidato termashur Ishaam Al-Athaar seperti diungkapkan ;



’Kami, umat Islam, kami tidak dikenal oleh sejarah dengan Abu Jahal, Abu Lahab dan Ubai bin Khalaf. Akan tetapi kami dikenal oleh sejarah dengan Rasul yang berbangsa Arab shalawatullahi wasalaamuhu alaihi. Kami dikenal oleh sejarah dengan Abu Bakar dan Umar. Kami tiada menguasai medan perang dengan perang Bagus, perang Dahis dan perang Al-Ghabraa, akan tetapi kami menguasainya dengan perang Badar, perang Al-Qadisiyah dan perang Yarmuk. Kami tiada menguasai dunia dengan kata-kata tujuh penyair jagoan, tetapi kami menguasainya dengan hukum hakam Al-Quran Al-Majid. Kami tiada membawa kepada manusia seruan Lata dan Uzza, tetapi kami membawa kepada mereka perutusan Islam dan prinsip-prinsip Al-Quran’

3.1.4 Pengukuhan Ikatan Kemasyarakatan



Sebagaimana dibahaskan terdahulu, zaman remaja merupakan tempoh manusia keluar dari alam kanak-kanak menuju kedewasaannya. Melangkah keluar dari alam kanak-kanak menjadikan remaja lebih terdedah kepada aktiviti kemasyarakatan dan merancakkan lagi proses sosialisasinya. Sigmund Freud (1971) beranggapan bahawa ’manusia haruslah melalui proses sosialisasi yang telah sedia wujud di dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat. Kegagalan manusia melalui proses ini, hanya akan menyaksikan kecelaruan yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam pembentukan disiplin diri, institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan’.

Sebagai persediaan menyambut remaja keluar dari alam kanak-kanaknya, Islam menyediakan ruang sosialisasi berasaskan tuntutan agama agar kecelaruan sebagaimana dakwaan Sigmund Freud dapat dihindari, seterusnya mengelak dari menjadi penyakit yang boleh membinasakan remajanya. Pengukuhan ikatan kemasyarakat merupakan jalan terbaik yang dianjurkan oleh Islam bagi menyediakan ruang remajanya membina kedewasaan.

Ikatan kemasyarakat membawa remaja Islam untuk memahami realiti kehidupan dengan suasana kemasyarakatan yang bersih dan baik supaya mereka mampu mengambil sumber kebersihan itu bagi diri mereka, membina kesucian hati, ketetapan iman, ilmu yang bermanfaat, akhlak yang mulia, kekuatan jasmani, kesedaran Islam dalam pemikiran, jihad yang benar dalam berdakwah, kejernihan yang dipuji Allah S.W.T bagi jiwa mereka dan pendorongan keimanan bagi agama mereka.

Pendekatan ini boleh dipraktikkan melalui hubungan remaja dengan seorang mursyid iaitu pembimbing yang berkemampuan membimbingnya ke jalan kebenaran, hubungan remaja dengan ikatan silatur rahim yang baik iaitu menyediakan persekitaran silatur rahim berteraskan ketaqwaan dan keimanan serta hubungan remaja dengan dakwah dan para pendakwah bagi menyuburkan jiwanya dengan semangat dakwah Islamiyah, menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.

3.1.5 Pengukuhan Ikatan Riyadhah



Menyedari kepentingan remaja sebagai aset yang cukup bernilai dalam membentuk saf kepimpinan masa depan, maka Islam membangunkan remajanya bukan hanya terarah kepada pembangunan kerohanian semata-mata, malah turut memfokuskan kepada pembangunan jasmani. Pembangunan ini diimplimentasikan melalui pendekatan pengukuhan ikatan riyadhah bagi memenuhi tuntutan masa lapang remajanya dengan aktiviti-aktiviti jihad, latihan-latihan ketenteraan dan latihan-latihan jasmani serta permainan, agar wujud keseimbangan antara kehendak-kehendak rohani dan keperluan-keperluan jasmaninya. Keseimbangan ini bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tetapi juga merupakan suatu keperluaan dalam menyediakan barisan ketenteraan sebagai benteng menghadapi ancaman musuh-musuh Islam.

Kepentingan ikatan riyadhah ini dapat dilihat melalui sabda Rasulullah S.A.W seperti diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud ;
’Seorang Mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada si Mu’min yang lemah’

’Bahawasanya Rasulullah S.A.W telah membaca ayat ini (maksudnya) dan perlengkapkanlah diri kamu untuk menghadapi mereka sekadar yang terdaya dari kekuatan. Kemudian baginda bersabda ; Ingatlah, bahawa kekuatan itu dengan melimpar panah! Ingatlah, bahawa kekuatan itu dengan melimpar panah!’


Begitu juga dengan firman Allah(Surah Al-Anfal: 60), terjemahannya ;



’Dan lengkapkan diri kamu untuk menghadapi mereka dengan apa yang terdaya oleh kamu dari kekuatan dan dengan pasukan berkuda untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu’

3.2 Kaedah Pengancaman



Selain kaedah pengikatan, Islam juga membentuk keperibadian remajanya melalui kaedah pengancaman yang juga biasa disebut sebagai peringatan atau amaran. Melalui kaedah ini remaja Islam didedahkan dengan amaran-amaran yang termaktub di dalam ayat-ayat Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W bertujuan membina kesedaran dan keimanan remaja sebagai benteng menolak pemikiran orang-orang yang sesat, penyelewengan orang-orang yang tidak mengenal pantang larang dalam kehidupan serta menjauhkan remaja daripada kelompok yang pincang kelakuannya dan melencong perjalanan hidupnya.

Kaedah ini dijayakan dengan merujuk kepada sebegitu banyak ayat-ayat Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W dalam memperkatakan tentang pelbagai isu yang bertentangan dengan kehendak Allah S.W.T dan ajaran Rasulullah S.A.W, antaranya ;

Firman Allah S.W.T, terjemahannya ;



’Jangan engkau adakan bersama Allah itu, tuhan yang lain, supaya engkau tidak duduk sebagai terhina dan tercela’
(Surah Al-Isra’: 22)


’Dan janganlah kamu bunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, Kamilah yang memberi mereka rezeki dan begitu pula kamu. Sesungguhnya pembunuhan mereka itu adalah suatu kesalahan yang besar’
(Surah Al-Isra’: 31)

’Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji’
(Surah Al-Isra’: 32)

’Dan janganlah engkau berjalan di atas muka bumi ini secara sombong, sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan tidak akan dapat sampai setinggi gunung’
(Surah Al-Isra’: 37)


Begitu juga dengan sabda-sabda Rasulullah S.A.W, bermaksud ;

’Awas kamu dari berdusta, sesungguhnya dusta merosakkan keimanan’
(Riwayat Ahmad dan Ash-Habus Sunan)

’Awas kamu dari berbanyak sumpah di dalam jual beli, sesungguhnya dia memang melariskan, tetapi membawa sial’
(Riwayat Muslim dan Ahmad)

’Awas kamu dari berbanyak ketawa, sesungguhnya ketawa banyak itu akan mematikan hati, dan menghapuskan cahaya penghuni syurga’
(Riwayat Ibnu Majah)

’Awas kamu dari teman-teman yang jahat, kelak engkau akan terkenal jahat pula’
(Riwayat Ibnu Asakir)


Ayat-ayat Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W yang menjadi rujukan di dalam pendekatan kaedah pengancaman ini menyentuh pelbagai perkara termasuklah peringatan tentang kesesatan aqidah, kerosakan akhlak, kejelekan dalam permuamalahan, larangan berbuat kejahatan, mengancam kerosakan dan menarik perhatian supaya memelihara diri daripada penyelewengan dan keburukan akhlak. Perasaan gerun terhadap ancaman dan balasan Allah S.W.T terhadap laranganNya yang berjaya diterapkan melalui kaedah ancaman ini menjadikan pembentukan remaja Islam adalah menepati kehendak-kehendak tuntutan agama.

4.0 Rumusan

Pertumbuhan dan perkembangan remaja merupakan tempoh yang tidak wajar dikesampingkan di dalam kehidupan manusia. Tempoh ini bakal menyaksikan kecenderungan individu untuk membuat pilihan berdasarkan kepada apa yang difikirkan betul oleh akal fikirannya, tanpa terlalu menitikberatkan nilai-nilai dan norma-norma yang menjadi amalan di persekitaran, malah kadang-kadang ia dilihat terlalu janggal buat dirinya. Keghairahan untuk keluar dari alam kanak-kanak menuju kedewasaan, menjadikan remaja sering hilang arah tuju dan acap kali terjebak dengan tingkah laku songsang di dalam masyarakatnya.

Islam sebagai agama yang sempurna tampil secara hikmah dan penuh kebijaksanaan menangani kemelut remajanya dengan pelbagai pendekatan yang berteraskan ’Falsafah Pendidikan Islam’. Pendekatan yang dicorakkan oleh Al-Quran dan Sunnah telah menyediakan pilihan terbaik bagi individu mengisi ruang-ruang pembentukan personaliti alam remaja sebagai persediaan membina kematangan alam dewasanya selari dengan tuntutan agama. Pilihan yang tersedia ini bukan sekadar mengisi ruang, malahan membentuk manusia agar mengenal Allah S.W.T, tahu pertanggungjawaban sebagai hambaNya, seterusnya mencipta kebahagiaan bagi dirinya dan keluarga di dunia serta mendapat kesejahteraan di akhirat.


Senarai Rujukan


Abdul Halim Uwais. 1998. PROBLEM REMAJA Masakini & Penyelesaiannya Menurut ISLAM. Kuala Lumpur. Pustaka Syuhada.

Abdullah Nasih ’Ulwan. 2000. PENDIDIKAN ANAK-ANAK menurut pandangan ISLAM. Kuala Lumpur. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)

Abdurrahman An Nahlawi. 1995. PENDIDIKAN ISLAM DI RUMAH SEKOLAH DAN MASYARAKAT. Jakarta. Gema Insani Press.

Asmawati Desa. 1997. PSIKOLOGI untuk golongan profesional. Bangi, Selangor. Jabatan Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim & Yusof Boon. 2005. PSIKOLOGI SOSIAL ALAM REMAJA. Bentong, Pahang. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Azrina Sobian. (sunt.) 2007. Keluarga Islam, Kemahiran Keibubapaan dan Cabaran Semasa. Petaling Jaya, Selangor. MPH Group Publishing Sdn. Bhd.

Fatimah Hj. Omar. 1995. Anak ’Amanah Allah’. Kuala Lumpur. Al-Hidayah.

Husain Muhammad Haikal. 2004. 140 TIPS PENDIDIKAN ANAK BERSIKAP POSITIF menurut RASULULLAH S.A.W. Kuala Lumpur. Jasmin Enterprise.

Jamiah Hj. Manap. (nota kuliah) 2007. Pertumbuhan & Perkembangan Manusia. Bangi, Selangor. Pusat Pengajian Psikologi Dan Pembangunan Manusia, FSSK, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamiah Hj. Manap. (nota kuliah) 2008. REMAJA. Bangi, Selangor. Pusat Pengajian Psikologi Dan Pembangunan Manusia, FSSK, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Maryam Abd. Majid. 1998. KAEDAH PENDIDIKAN GENERASI BERWAWASAN. Kuala Lumpur. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)

Mohd Yusuf Ahmad. 2004. Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Muhamed Awang. 2000. SISTEM DAN TEORI PSIKOLOGI. Bangi, Selangor. Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syed Omar Syed Agil Al-Attas. 2003. MELENTUR REBUNG. Kuala Lumpur. Mulia Erat Sdn. Bhd.

Urwah Sofri Zain. 2003. PETUA MELAHIRKAN ANAK GENIUS & SOLEH. Kuala Lumpur. Darul Nu’man.


Sunday, May 4, 2008

Peperiksaan Akhir



Tarikh: 6 Mei 2008, 3.30-5.00 PM


Lokasi: DECTAR


Bentuk Soalan: Objektif (40 soalan)


Peratusan Markah: 40% daripada markah keseluruhan


Liputan Soalan: Semua Bab


"Selamat Maju Jaya"


Monday, April 21, 2008

Skima Pemarkahan Projek Kumpulan



Pecahan Skima Pemarkahan Kertas Kerja Kumpulan


Format dan Profesionalisme


  • Muka hadapan, pendahuluan, kekemasan, format penulisan, tatabahasa, muka surat, tertib

  • Markah keseluruhan: 3 markah

Isi Kandungan



  • Dua markah bagi setiap isi kandungan yang tepat dan relevan

  • Markah keseluruhan: 20 markah

Kesimpulan



  • Markah penuh bagi kesimpulan yang tepat, padat dan bernas

  • Markah keseluruhan: 3 markah

Rujukan



  • Mesti ditulis mengikut format Gaya UKM

  • Markah penuh diberikan jika mempunyai sekurang-kurangnya lima rujukan daripada sumber yang berkredibiliti

  • Markah keseluruhan: 4 markah

Punca Markah ditolak



  • Plagiat – tidak menyatakan sumber petikan karya individu lain

  • Tiada muka surat

  • Tiada daftar/senarai isi kandungan

  • Kesalahan ejaan dan tatabahasa

  • Tidak mengikut gaya UKM
  • Penghantaran lewat : Selepas 15 April 2008 & kurang daripada 15 halaman bercetak

Tuesday, February 12, 2008

Reaching 100 is Easier Than Suspected



By LINDSEY TANNER, AP Medical Writer


CHICAGO - Living to 100 is easier than you might think. Surprising new research suggests that even people who develop heart disease or diabetes late in life have a decent shot at reaching the century mark.

"It has been generally assumed that living to 100 years of age was limited to those who had not developed chronic illness," said Dr. William Hall of the University of Rochester.


Hall has a theory for how these people could live to that age. In an editorial in Monday's Archives of Internal Medicine, where the study was published, he writes that it might be thanks to doctors who aggressively treat these older folks' health problems, rather than taking an "ageist" approach that assumes they wouldn't benefit.


For the study, Boston University researchers did phone interviews and health assessments of more than 500 women and 200 men who had reached 100. They found that roughly two-thirds of them had avoided significant age-related ailments.


But the rest, dubbed "survivors," had developed an age-related disease before reaching 85, including high blood pressure, heart disease or diabetes. Yet many functioned remarkably well — nearly as well as their disease-free peers.


Overall, the men were functioning better than the women. Nearly three-fourths of the male survivors could bathe and dress themselves, while only about one-third of the women could.


The researchers think that may be because the men had to be in exceptional condition to reach 100. "Women, on the other hand, may be better physically and socially adept at living with chronic and often disabling conditions," wrote lead author Dr. Dellara Terry and her colleagues.


Rosa McGee is one of the healthy women in the study who managed to avoid chronic disease. Now 104, the retired cook and seamstress is also strikingly lucid.


"My living habits are beautiful," McGee said in an interview at her daughter's Chicago apartment. "I don't take any medicines. I don't smoke and I don't drink. Never did anything like that."


Until late 2006, when she fell in her St. Louis home, McGee lived alone and took care of herself. Now in Chicago, she is less mobile but still takes walks a few times weekly down the apartment building hallways, with her daughter's help.


McGee credits her faith in God for her good health. She also gets lots of medical attention — a doctor and nurse make home visits regularly.


Genes surely contributed — McGee's maternal grandparents lived to age 100 and 107.


But while genes are important, scientists don't think they tell the whole story about longevity.


A second, larger study of men in their 70s found that those who avoided smoking, obesity, inactivity, diabetes and high blood pressure greatly improved their chances of living into their 90s. In fact, they had a 54 percent chance of living that long.


Their survival decreased with each risk factor, and those with all five had only a 4 percent chance of living into their 90s, according to Harvard University researchers.


Those who managed to avoid lifestyle-related ailments also increased their chances of functioning well physically and mentally two decades later.


The study followed 2,357 men for about 25 years or until death, starting in their early 70s. About 40 percent survived to at least age 90. Among survivors, 24 percent had none of the five risk factors.
"It's not just luck, it's not just genetics. ... It's lifestyle" that seems to make a big difference, said lead author Dr. Laurel Yates of Harvard's Brigham and Women's Hospital.


"It's get your shoes on, get out there, and do some exercise," she said. "These are some things you can do" to increase the chances of a long life.


Yates said it's never too late to adopt a healthier lifestyle, though the findings don't address whether waiting until age 70 to stop smoking, lose weight and exercise will increase longevity.
Hall noted that the United States has more than 55,000 centenarians, and that Americans 85 and older are the country's fastest-growing group of older adults.


He said the new research underscores how important it is for doctors to become adept at treating the oldest of the old, who are "becoming the bread and butter of the clinical practice of internal medicine."
___
On the Net:
Archives of Internal Medicine:
http://us.rd.yahoo.com/dailynews/ap/ap_on_he_me/storytext/living_longer/26303494/SIG=10u2cc5a1/*http://www.archinternmed.com

Monday, January 21, 2008

Tugasan Individu

Soalan:

Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan Id, Ego dan Superego?


Format Jawapan

Setiap tugasan hendaklah:

  1. Menyatakan nama, nombor matrik, program pengajian, tarikh dan tajuk tugasan
  2. Ditulis mengikut 'Gaya UKM'
  3. Dihantar melalui e-mel
  4. Mengandungi bibliografi atau rujukan kandungan
  5. Bukan ciplak

Tarikh Akhir

Tugasan pertama perlu dihantar sebelum atau pada 25 Januari 2008 (Jumaat)

Kelas & Tutorial

Berikut adalah masa bagi kelas dan tutorial bagi Semester II (2007/2008) :

Kelas
  • 8.00 - 10.00 pagi (Selasa)

Tutorial
  • Tutorial I - 12.00 -1.00 tengahari (Selasa)
  • Tutorial II - 2.00 - 3.00 petang (Selasa)
  • Tutorial III - 9.00 -10.00 pagi (Rabu)

*Sila rujuk notis bagi mengesan lokasi kelas dan tutorial.