- Tema pembentangan mestilah berkaitan dengan tajuk laman web kumpulan & individu
- Bentuk pembentangan adalah bebas. Pelajar boleh membuat pembentangan formal (ceramah & diskusi), bentuk kreatif atau gabungan kedua-duanya (formal & kreatif).
- Bagi pembentangan formal, pastikan anda mempunyai plan B (alternatif) sekiranya komputer bermasalah.
- Masa: 5-10 minit.
- Sesi soal-jawab, perbincangan & rumusan: 30 minit.
- Markah: 5 markah (50% daripada segmen markah sahsiah & ketrampilan diri)
Saturday, March 24, 2007
Pembentangan
Wednesday, February 28, 2007
Teks Rujukan

Friday, February 23, 2007
Garis Panduan Laman

- Bahasa Melayu/ Malaysia Tinggi
Etika
- Ikhlas dalam penyebaran maklumat
- Bukan ciplak (sila nyatakan sumber rujukan)
- Memastikan kredibiliti sumber
Asas Penilaian
- Kandungan - 50%
- Profesionalisme (ejaan, bahasa, rujukan, susunan dll.) - 20%
- Interaktif - 10%
- Kreativiti - 10%
- Populariti - 10%
Tarikh Penilaian
- 1 Febuari 2007 - Pengenalan
- 15 Febuari 2007 - Pengisian
- 3 Mac 2007 - 21 Soalan objektif (betul salah @ aneka pilihan) & 3 soalan subjektif
- 15 Mac 2007 - Isu-isu berkaitan
- 3 April 2007 - Populariti
Saturday, February 10, 2007
Modul & Konsultasi
Tuesday, January 30, 2007
Pengenalan

Pertumbuhan dan Perkembangan Sepanjang Hayat
Pertumbuhan dan perkembangan manusia merupakan paten perubahan fizikal, kognitif dan sosio-emosi sepanjang pusingan hayat manusia. Manusia secara fitrahnya berkembang seperti bulan sabit: bersifat lemah pada usia awalnya, semakin membesar dan kuat pada usia pertengahan dan menjadi lemah kembali pada usia emas. Justeru, pertumbuhan dan perkembangan manusia meliputi dari saat terbentuknya janin manusia sehingga menjadi seorang bayi dan seterusnya berkembang menjadi seorang kanak-kanak, remaja, dewasa dan berakhir dengan detik kematian.
Falsafah Fitrah Kejadian Manusia
Pada kurun pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan. Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersihkan mereka daripada dosa-dosa tersebut.
Pada kurun ke-17, John Locke memperkenalkan konsep tabula rasa. Kanak-kanak diibaratkan seperti ‘blank blanket’. Keperibadiannya terbentuk daripada pengalaman.
Falsafah Kejadian Manusia Daripada Perspektif Al-Quran & Sunnah
Berikut merupakan antara falsafah fitrah kejadian manusia yang diwariskan melalui Quran dan sunnah:
- Manusia adalah sebaik-baik kejadian
- Manusia adalah khalifah Allah (mengurus dan mentadbir alam) menuju kesejahteraan
- Manusia pertama (Adam) dicipta dari tanah, manakala Hawa (isteri Adam) dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
- Anak lahir ibarat kain putih. Ibubapa yang menjadikannya seorang majusi, nasrani dsb.
- Setiap manusia mempunyai dua musuh utama sejak lahir iaitu hawa nafsu dan syaitan
- Para Rasul diutus untuk memimpin manusia pada jalan kebenaran
- Manusia yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa & berakhlak mulia
- Setiap manusia mempunyai nasib tersendiri (Qada’ dan Qadar)
- Tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah
- Manusia bersifat gelisah dan tergesa-gesa, kecuali orang-orang yang sabar dan tetap dalam mendirikan solat dengan sempurna
- Manusia dihidupkan dan dimatikan untuk diuji siapakah yang terbaik amalannya ketika di dunia
- Pusingan hidup manusia ibarat bulan sabit
- Setiap manusia akan diberi pembalasan di hari akhirat
- Kehidupan di dunia bersifat sementara. Kehidupan abadi (tanpa kematian) adalah di akhirat.
Proses dan Jangka Masa Perkembangan
Pertumbuhan dan perkembangan manusia mempunyai persamaan dan perbezaan di antara satu sama lain. Perkembangan manusia juga bersifat kompleks kerana ianya terhasil daripada proses biologi, kognitif dan sosio-emosi manusia. Setiap manusia melalui proses kelahiran, tumbesaran dan kematian. Namun dalam proses tersebut, setiap individu melalui pengalaman yang berbeza dan akhirnya menjadikan setiap individu adalah unik.
Proses Biologi, Kognitif dan Psiko-Emosi
Proses biologi merupakan proses perubahan fizikal manusia secara semula-jadi. Gen daripada keluarga, pertumbuhan otak, pertambahan tinggi dan berat badan, perubahan kemahiran motor, perubahan hormon dan penurunan kardiovaskular mencerminkan peranan proses biologi dalam pertumbuhan manusia.
Proses kognitif merupakan perubahan pemikiran, kepintaran dan bahasa manusia. Proses sosio-emosi pula berkait dengan perubahan dalam hubungan manusia dengan orang lain, perubahan emosi serta personalitinya.
Kesemua proses ini saling berhubungan, berintegrasi dan mempengaruhi antara satu sama lain. Sehubungan itu, pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah intergrasi antara proses biologi, kognitif dan sosio-emosi manusia.
Tempoh Perkembangan
Tempoh perkembangan merujuk kepada jangka masa dalam kehidupan seseorang yang ditandakan dengan beberapa kriteria. Tempoh perkembangan manusia dibahagikan tahap mengikut turutan iaitu:
- Prenatal: Prenatal adalah tempoh masa dari dalam kandungan sehingga kelahiran. Melibatkan pertumbuhan pesat dari satu unit sel kepada satu ornisma kompleks.
- Bayi: 18 bulan hingga 24 bulan. Tempoh kebergantungan yang tinggi kepada orang dewasa dan tempoh permulaan aktiviti psikologi.
- Kanak-kanak awal: 25 bulan hingga 6 tahun. Juga dikenali sebagai peringkat pra-sekolah. Belajar menjadi self-sufficient, bersedia untuk belajar dan suka bermain dengan rakan sebaya.
- Kanak-kanak pertengahan dan akhir: 6 hingga 11 tahun. Mula bersekolah. Dikenali sebagai tempoh the elementary school year. Mula menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis.
- Remaja: Tempoh transisi daripada kanak-kanak kepada orang dewasa awal. Bermula antara 10-12 tahun sehingga 18-22 tahun. Mengalami pertumbuhan biologi yang pesat. Mula berdikari, membentuk identiti, berfikiran logik, abstrak dan idealistik.
- Dewasa awal: Awal 20-an hingga 30-an. Masa pengukuhan pribadi, ekonomi dan memulakan hidup berkeluarga.
- Dewasa pertengahan: 40 an-60-an. Menjadi matang dan memperolehi kepuasan kerjaya.
- Dewasa akhir: 60-an atau 70-an hingga meninggal dunia. Terbahagi kepada dua iaitu tua awal (65-74 tahun) dan tua akhir (75 tahun dan ke atas).
Isu Perkembangan
- Nature and nurture: Perkembangan dipengaruhi oleh faktor semulajadi (sifat biologi manusia) atau pengasuhan.
- Continuity and discontinuity: Perkembangan melibatkan perubahan kumulatif (continuity) atau distinct states (discontinuity)
- Kestabilan dan perubahan: Pembangunan manusia melibatkan kestabilan atau perubahan.
Rujukan
Al-Quran
Santrock, J. W. 2004. Life span development. New York: Mc Graw Hill. (ms 1-64).
Prenatal & Kelahiran
Bayi

SKPX 2083
- Siti Jamiaah Abd Jalil (37782)
- Ngan Joh Kee, Lee Hwey Chian, Nurfirdaus Safie, Siti Nadiah Busyra Mat Nadzir& Nor Fatihah Hashim
Isu-Isu dan Kajian Kes Tentang Bayi
1. Mulut bayi ditampal dengan pita pelekat
Kanak-Kanak

Kanak-Kanak Awal
Kanak-Kanak Pertengahan dan Akhir
SKPX 2083
Kanak-Kanak Awal
- Ainee Hj Ahmad (P37778)
- Rohaida Mohammad
- Norman Hakim Ahmad, Nourhazwan Awang Zaini, Nur Hannani Hashim, Marilyn Thecla Lee & Haanusia Prithivi Raj
Kanak-Kanak Pertengahan dan Akhir
- Nur Fadhilah A. Fauzi
- Norlaili Anuar, Bawani Kaniapan, Nor Adilah Junaidee, Norsheila Saruddin & Norsuhada Mohd Tambizi
Pautan
Pembelajaran
Masalah Pembelajaran
Disleksia
Remaja
SKPM 1023
- Shukreyah Zawawi (P37777)
- Zaidi Hamid (P37880)
- Tan Lean Wooi, Norhazijah Mohd Khalid, Siti Rohayu Ahmadan, Zuliyana Mohd Zain & Tan Kian Bin
Pautan
1. Statistik Dadah
2. Jenis-jenis Dadah
Dewasa Awal
Dewasa Pertengahan

SKPX 2083
Kajian Kes dan Kejayaan Individu Dewasa Pertengahan
1. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hasan
2. Pereka Kasut, Datuk Jimmy Choo
Dewasa Akhir

SKPM 1023
SKPX 2083
- Azura Abas (P37794)
- Wee Yu Ying (P36685)
- Syaliza Adiha Tewiran, Noorkarmila Hamid, Izatul Iryati Emberan, Mohd Khairul Amri Mohd Ariff & Tan May Nee
Kajian Kes Individu Dewasa Akhir
1. Mantan Pesuruhjaya Polis sarawak, Datuk Seri Yuen Yuet Leng
2. Penyakit Sendi di Bahu
Monday, January 29, 2007
Sunday, January 7, 2007
Silibus Kursus

- Pengenalan
- Falsafah kejadian manusia
ASAS PERMULAAN KEHIDUPAN
Minggu 2
- Asas Biologi
- Perkembangan Prenatal
- Kelahiran
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF & SOSIO-EMOSI
Minggu 3
- Bayi
Minggu 4
- Kanak-kanak Awal
Minggu 5
- Kanak-kanak Pertengahan dan Akhir
Minggu 6
- Remaja
Minggu 7
- Dewasa Awal
Minggu 8
- Dewasa Pertengahan
Minggu 9
- Dewasa Akhir
FANA MENUJU BAQA
Minggu 10
- Kematian
WACANA & DISKUSI
Minggu 11
- Isu-isu Perkembangan & Pertumbuhan Manusia
Minggu 12-14
- Pembentangan Projek Kumpulan